Image Banner

TAKLIMAT DAN DEMONSTRASI PENCEGAHAN KEBAKARAN

Telah berlangsung aktiviti taklimat dan demonstrasi pencegahan kebakaran pada 10 september 2024, di premis Rumah Ali yang disertai oleh pelajar banin, banat dan juga tahfiz harian. Pengisian aktiviti ini disampaikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat kawasan Perai. Moga dari pengisian ini dapat menambah ilmu pengetahuan buat pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Sirajul Quran.

LAGI

SAMBUTAN HARI GURU MTSQ

SAMBUTAN HARI GURU MTSQ

  • Tarikh : 16/05/2024 (Khamis)
  • Masa : 11:00 pagi - 4:00 petang
  • Keterangan : Sambutan hari guru diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru mengajar anak murid menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Antara aktiviti-aktiviti pelajar yang dijalankan adalah seperti persembahan nasyid, sajak , pantun dan lain-lain. Tidak dilupakan juga, pelajar memberi hadiah sebagai tanda sayang dan penghargaan kepada guru-guru.

#gurujauharidigitalaspirasinegaramadani

LAGI

MAJLIS PENUTUP KURSUS DI IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

MAJLIS PENUTUP KURSUS DI IPG

  • Tarikh : 11/5/2024
  • Hari : Sabtu
  • Masa : 9:00 pagi - 12:00 tengahari
  • Tempat : Institusi Perguruan Kampus Tuanku Bainun.
  • Keterangan:Alhamdulilah, majlis penutup kursus guru di IPG Tuanku Bainun berjalan dengan lancar dengan kehadiran guru-guru MTSQ, tenaga pengajar Maktab Tuanku Bainun, para fasilitator yg terdiri daripada pelatih - pelatih Maktab Tuanku Bainun dan pelajar - pelajar MTSQ. Majlis penutup turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPGTB, Dr Mariah Binti Ibrahim, seterusnya merasmikan majlis penutup berkenaan.
LAGI

CERAMAH KESEDARAN JENAYAH DI KALANGAN PELAJAR

  CERAMAH KESEDARAN JENAYAH DI KALANGAN PELAJAR
 
  • Tarikh : 17/5/2024
  • Masa : 9:30 pagi - 11:30 pagi
  • Tempat : Dewan Seminar 1, Masjid Seberang Jaya.
  • Keterangan : Alhamdulilah, ceramah kesedaran jenayah di kalangan pelajar yang dijalankan di Dewan Masjid Seberang Jaya telah berjalan dengan lancar. Ceramah kesedaran jenayah disampaikan oleh SM Tuan Fauzi Bin Harun Timbalan KPB Seberang Jaya.
 
LAGI

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MTSQ 2024

Majilis Sambutan Hari Raya

  • Tarikh : 27/4/2024
  • Hari : Sabtu
  • Tempat : Gelanggang bola keranjang Akira, Jalan tenggiri, Seberang jaya, pulau pinang.
  • Keterangan :  Alhamdulillah, Majlis Sambutan Aidilfitri MTSQ 2024 berjalan dengan lancar, anggaran kehadiran 1000 orang tetamu yang terdiri daripada ibu bapa/waris dan jemputan khas terdiri daripada penyumbang - penyumbang tetap maahad, Jawatankuasa MPKK Seberang Jaya, Jawatankuasa Surau Al Islam Tenggiri, ADUN Seberang Jaya, Team Otai Seberang Jaya, MPWK Seberang Jaya dan lain - lain komuniti dan individu.Majlis juga dimeriahkan dengan aktiviti tahlil dan selawat qasidah daripada pelajar maahad, mempunyai fotobooth yang cantik bertemakan klasik . Di samping itu, pelbagai juadah raya yang menarik seperti nasi minyak, daging masak kurma, mee kuah, cucur udang, pulut kuning, bubur kacang, ketupat rendang, pelbagai kuih muih dan sebagainya.
LAGI

INFAQ JUMAAT

Marilah sama-sama membantu kami memartabatkan Al-Quran dan melahirkan lebih ramai lagi para Hafiz dan Hafizah..
Sumbangan anda amatlah kami hargai untuk meneruskan perjuangan ini..
Mohon LIKE and SHARE..🌹
Terima kasih.

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan